Khamis, Februari 12, 2009

7 amalan sunnah Rasulullah

1) SOLAT SUNAT TAHAJJUD Rujuk Surah Az- Zumar : ayat 9 dan Surah Al Israk : ayat 79 Hadis nabi:" Kemuliaan seorang Mukmin, terletak pada Solatnya di waktu malam" (Fathul Kabir) 2) TADABBUR AL QURAN ( Mengaji dan Mengkaji Al Quran). Hadis nabi:" Barangsiapa yang ingin bercakap-cakap dengan Rabbnya (Allah), maka bacalah AlQuran" 3) SOLAT BERJAMAAH ( DI MASJID, MUSOLLA / SURAU ) Antara ciri hamba Allah yang Husnul Khatimah ialah yang gemar melakukan solat Subuh di masjid / musolla. 4) SOLAT DHUHA Hadis Rasulullah:" Solat Dhuha dua rakaat lebih baik daripada dunia dan seluruh isinya". 5) BERSEDEKAH "Carilah Rezeki dengan berSedekah" 6) MENJAGA WUDHU’ Hadis rasulullah:"Tidaklah memelihara wudhu kecuali orang-orang yang Beriman" (H.R Ahmad, Ibnu Majah Ad Darimi, Ibnu Hibban) 7) SELALU BERISTIGHFAR Istighfar adalah Zikir yang dapat membuka kunci Rezki Dunia dan Akhirat, memberikan penyelesaian kepada sebarang masalah kehidupan, mendapatkan ketenangan batin, keluarga yang Sakinah, Mawaddah, Warahmah dan nikmat hidup yang baik .... Rujuk Surah Hud 11: ayat 3 Semoga amalan-amalan Sunnah yang basic ini akan memberikan kita kekuatan untuk berkecimpung di dalam arena dakwah dan menjadi insan pilihan Allah di akhirat kelak.Semoga amalan ini dapat kita lakukan dengan istiqamah supaya kita menjadi orang yang bertakwa kepada allah taala...Berusahalah menjadi insan yg terbaik,bukan sahaja menjadi muslim mukmin,bahkan menjadi mukmin muttaqin...Insya'allah... Allahu'alam...