Khamis, Mac 03, 2011

PRK N28 DUN KERDAU... SATU ANLISIS UTK LANGKAH PEMBAHARUAN DI PAHANG....

calon yangdiwakili oleh pas bukanlah calang-calang orang yang dipilih...beliau mempunyai latar belakang yang cukup untuk membuktikan beliaua seorng yang berkarisma, mempunyai ciri-ciri kepimpinan yg tersendiri dan mempunyai pengalaman bertanding dalam dua pilihanraya..ini cukup untuk membuktikan beliau mampu menggalas tanggungjawab yg di berikan..mempunyai keperibadian yang elok,mesra dgn semua orang tanpa mengira usia... beliau lah ayah,suami,anak yang berjaya...berjaya mendidik anak beliau....anak beliau masing2 mendapat keputusan yang tinggi2 dlm setiap peperiksaan...de yg bergelar hafiz... saya seikhlasnya memuji cara belaiu,saya sendiri pernah bertentang mata dgn beliau,pernah pergi ke rumah beliau,ternyata beliau seorang yang peramah...dan kali terakhir berjumpa dgn beliau pada awal januari di salah sebuah ipt kerna menghadiri pertandingan dan bertuah dpt bersalam dengan beliau... apa yang perlu di lakukan ialah penduduk dlm kwsn dun kerdau perlu memilih calon yang boleh berkhidmat utk rkyat...calon yg menggerakkkan perjuangan islam dalam pd masa yg sama utk mmbawa ajran islam dgn smbil berdakwah utk mentarbiyah kan rakyatnya supaya menjadi org2 yg bertkwa... beliau merupakan calon yg tepat,di sukai oleh pelbagai kaum...mdah mesra, dan yang penting skali tdak mengmbil hak rakyat seperti barisan nasional..kononnya rakyat didahulukan pencapaian di utamakan dlam pd masa yg sama membebankan hidup rakyat.. rakyat di pahang mahukan perubahan...kerajan bn sudah lame memerintah di sini dan xbyk perubahan yg dilakukan..anak-anak pahang juga tidak smua mendpat pinjaman bg membantu dlm pendidikan..seharusnya kerajaan pahang harus menolong rakyatnya sendiri yg ingin melanjutkan pljrn...menyediakan biasiswa kpd lbih byk lg pljr...membantu mrnaikkan elaun guru-guru kafa sprti negeri lain dan membereskan hutang2 yg ada...juga yg pling pntng dpt mendidik rakyat pahang dengan menyediakan ttempat belajar agama yg lbih byk utk menjadikan anak-anak pahang golongan yg mahir dlm bidang agama...dpt memberi insentif yg tgi kpd golongan2 yg mengajar agama...membantu menyebarkan kerja2 agama.. marilah sama-sama kembali kpd islam dgn menjadikan dun kerdau ini sebagai langkah pertme utk membuat perubahan di pahang... wallahu'lam....TAKBIRRRRR!!!!!!!!!!!!

Rabu, Januari 19, 2011

sentiasa positifkan dir!!!!Jangan mencari salah org lain..

Biasanya pasangan hidup adalah berasal daripada kenalan. Mereka yang selalu menghadapi masalah dalam menemui pasangan hidup selalunya tidak mempunyai ramai kenalan. Terdapat teknik-teknik khusus yang boleh diamalkan untuk menjadikan diri lebih disayangi. Bukan dikenali atau glamour, tetapi disayangi oleh orang sekeliling. Di dalam artikel ini, dibincangkan teknik pertama - Jangan Cari Kesalahan Orang Lain Bayangkan diri anda apabila ditahan oleh seorang anggota polis trafik kerana satu kesalahan jalanraya yang anda lakukan. Anda kemudiannya disaman. Perasaan pertama yang mungkin timbul di dalam hati anda adalah perasaan marah kepada anggota polis trafik tersebut. Namun, dari kaca mata anggota polis itu, beliau hanya menjalankan tugas kerana anda telah melanggar peraturan. Namun, beliau tidak anda senangi. Situasi kedua adalah apabila anda duduk di satu majlis, di sebelah orang tidak anda kenali. Mungkin di satu ceramah motivasi atau seminar atau pertunjukkan amal, kemudiannya individu tersebut mula mengkritik itu dan ini, mencari kesalahan dan kecacatan majlis tersebut. Apakah perasaan anda terhadap individu begini ? Adakah anda menyenangi orang seperti ini? Namun, pada persepsi beliau, beliau hanya ingin memberi komen membina. Mungkin untuk sesetengah orang mereka dapat menerima kehadiran kedua-dua individu seperti di atas (si polis trafik yang menyaman dan seorang yang suka mengkritik), namun untuk kebanyakkan orang, kehadiran orang seperti ini mungkin mengganggu ketenangan. Di dalam meramaikan kenalan dan membuat diri supaya disenangi, kita harus kurang mencari kesalahan orang lain. Bayangkan jika polis trafik berkenaan hanya menahan dan menasihati anda tentang kesalahan anda. Adakah anda masih marah padanya? Dan bayangkan jika orang yang duduk di sebelah anda itu berdiam diri atau memuji keadaan majlis yang memang nyata serba kekurangan itu. Bukankah hidup anda lebih senang. Anda mungkin mengingati kebaikkan mereka dan menjadikan mereka sahabat anda. Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah Al-Hujuraat ayat 12, “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. ” Abu Hurairah r.a. ada melaporkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Janganlah kamu mencari dan menyelidiki kesalahan orang lain” {Riwayat Bukhari & Muslim} Kita mungkin ikhlas mengkritik atau memperbetulkan kesalahan yang kita nampak. Tiada manusia normal yang terus-menerus ingin melakukan kesalahan apabila menyedari perkara itu adalah salah .. setelah diberitahu. Hanya pendekatan kita yang selalu mengundang kebencian dan menjauhkan kenalan. Teknik menegur kesalahan akan dibincangkan kemudian. Menegur dengan betul akan membuat kita lebih disayangi dan disegani. Namun untuk setakat ini, latihlah diri menjadi seorang yang positif. Teliti kebaikkan yang ada pada diri orang lain. Sentiasa melihat sesuatu keadaan dari sudut yang positif. Kurangkan mengkritik dan lebihkan bersyukur dengan apa yang ada. Jangan cari salah, tetapi cari kebaikkan. Kita akan disayangi. Ramai yang akan menjadikan diri anda kenalan baik mereka. Dalam ramai-ramai kenalan yang ada, mungkin salah seorang adalah teman hidup kita. InsyaAllah.

Isnin, Januari 17, 2011

dakwah satu tuntutan:fardu kifayah atau kewajipan individu???

sebagaimana yang di ketahui,bahawa kerja dakwah merupakan kerja yang mulia..telah diketahui bahawa kerja dakwah telah dilakukan oleh nabi-nabi sebelum nabi muhammad dan sehingga sekarang,dakwah mesti diteruskan..mengapakah dakwah penting????bagaimana cara untuk berdakwah baik??persoalan2 yang sentisa bermain di fikiran..malah banyak lagi persoalan yang timbul... untuk menjadi seorang daie bkan la kerja yang mudah,mehnah dan tribulasi menjadi sesuatu perkara yang "wajib" kpd para daie...tanpa mehnah,xde cbrn kpd para daie dalam proses untuk mematangkan daie teresebut... rukun dakwah tebahagi kepada tiga: 1)orang yang mendakwah(da'ie) 2)apa yang disampaikan(isi) 3)orang yang menerima(mad'u) apa yang terkandung dalam isi tersebut tidak lari dari 3 cabang ilmu yang besar dalam islam yang ditekankan oleh rasulullah... 1)tauhid(usuluddin) 2)fiqh 3)akhlak(tasawwuf) ketiga2 ilmu ni amat penting untuk para da'ie dlm menyampaikan seruan islam kepada org rmai... oleh itu,para da'ie perlu memantapkan dri dgn mendalami ilmu -ilmu berkaitan perkara tersebut sebelum menceburkan diri..ilmu perlu ade dlm dri para da'ie..dan menuntut ilmu tersebut merupakan wajib...berdasarkan hadis rasulullah yang bermaksud "menuntut ilmu itu merupakan fardu(kewajipan) ke atas setiap orang muslim"... dan menrut pendapat Dr. Muhammad SaidRamadan(Al-butty) dalam kitabnya Rahsia Dakwah Yang Berkesan,ciri-ciri yang perlu ada pada da'ie ialah: 1)da'ie tersebut hendaklah menunjukkan teladan atau contoh yang terbaik yang menggambarkan keislamannnya yang menjadi pendokong agama allah.dan lebih baik ilmu tersebut berkait rapat dengannya berdasarkan pengalaman da'ie itu sendiri."seseorang tidak mungkin memberikan sesuatu yang bernilai kalau ia sendiri tidak memiliki apa-apa untuk diberikan." 2)keutamaan sasaran dakwah itu ialah kepada orang2 islam lebih terlebih dahulu..ini kerana jika orang islam betul2 mendalami islam,maka agama lain akan tertarik dengan islam sendiri dan menerapkan nilai tersebut dalam diri mereka.. 3)da'ie sepatutnya mengetahui hukum2 dan adab2 islam yg ada kaitan berkaitan dengan ilmu2 dakwah... seorang da'ie mesti berpegang teguh pada ketetapan yang telah digariskan oleh islam dalam melalukan kerja2 dakwah.. kesimpulannya,berbalik kepada tajuk,dapat disimpulkan kegiatan ini merupakan kewajipan atas diri masing2,"ibda' binafsih"..seharusnya menjadikan rasulullah sbagai tokoh dakwah yang terbaik dan terpuji dari segala pelbagai aspek...dan ramai lagi tokoh2 gerakan dakwah yang telah banyak berjuang menegakkan agama allah ini..kita sebagai generasi akhir zaman ini perlu menyambung kerja2 dakwah yang dilakukan oleh mereka2...kita ibarat rantaian rantai yang menyambung antara satu sama lain... wallahua'lam...

Ahad, Januari 16, 2011

hanya "4" perkara???

4 PERKARA UNTUK SIHAT

1.Makan daging

2.Memakai haruman

3.Kerap mandi

4.Berpakaian dari kapas

4 PERKARA MELEMAHKAN BADAN

1.Terlalu banyak berkelamin

2.Selalu cemas

3.Banyak minum air ketika makan

4.Banyak makan bahan yang masam

4 PERKARA MENAJAMKAN MATA

1.Duduk mengadap kiblat

2.Bercelak sebelum tidur

3.Memandang yang hijau

4.Berpakaian bersih

4 PERKARA MELEMAHKAN MATA

1.Memandang najis

2.Melihat orang dibunuh

3.Melihat kemaluan

4.Membelakangi kiblat

mengumpat yg diharamkn...

Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain. Rasullah S.A. W. menjelaskan mengenai mengumpat seperti sabda nya bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya"(Hadis Riwayat Muslim)

Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya.

Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.

Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat.

Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)

Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua.Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya

Jumaat, Januari 14, 2011

DALIL DAN KEWAJIPAN BERJEMAAH

Oleh kerana merealisasikan tujuan yang besar ini merupakan satu kewajipan yang diwajibkan oleh Islam ke atas umat Islam dan tujuan ini hanya dapat dilaksanakan dengan adanya jamaah dan amal jamaie. Keperluan kepada sebuah jamaah Islamiyyah dan amal jamaie adalah berdasarkan kepada hujah-hujah berikut:

a) Dalil daripada al-Qur’an

Firman Allah swt: “Dan hendaklah ada dikalangan kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan dan menyuruh kepada yang ma’ruf, mencegah yang mungkar, dan merekalh orang yang berjaya” (Ali Imran ; 104)

Perkataan ummah di dalam ayat tersebut adalah bermaksud ‘toifah atau jamaah’. Jelas bahawa ianya bukan beerti individu-individu yang terpancar-pancar atau sekadar sekelompok manusia. Ummah disini bermaksud satu jemaah yang terdiri daripada individu yang bersatu dalam satu ikatan ukhwah atau wahdah yang padat, laksana organ-organ yang ada pada diri seseorang. Firman Allah swt; “Kamu adalah ummat yang terbaik yang dilahirkan untuk umat manusia, kamu menyuruh orang berbuat baik dan melarang orang berbuat mungkar dan kamu beriman kepada Allah” (Ali Imran ayat 110)

“Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang berjihad dijalannya dalam barisan seolah-olah satu binaan yang tersusun kukuh” (As Saff ayat 4)

‘Satu binaan yang tersusun kukuh’ bermaksud satu organisasi yang luas diikat dengan kesatuan dan kekuatan, sebahagian memperteguhkan sebahagian yang lain dengan caranya yang tersendiri, dan seluruh organisasi itu umpama satu organ yang hidup dan lengkap.

b) Dalil daripada hadis Rasulullah saw:

“Hendaklah kamu berada dalam jamaah kerana sesungguhnya berjemaah itu rahmat sedang perpecahan itu adalah azab”

“Barangsiapa yang memecahbelahkan, maka ia bukan daripada kalangan kami. Rahmat Allah berada bersama-sama dengan jamaah, dan sesungguhnya serigala hanya memakan kambing yang menyendiri”

“Barangsiapa yang mati dalam keadaan memisahkan diri daripada jamaah kaum muslimin, maka beerti ia mati sebagai mati jahiliyyah”

Hujah berikutnya yang menekankan kepentingan amal jamaie’ adalah waqi’ atau realiti yang kita hadapi sekarang. Realiti memberikan pengajaran bahawa usaha berseorangan walaupun ikhlas sekalipun tidak dapat meninggalkan kesan yang diperlukan untuk mencapai tujuan yang dimaksudkan. Allah menjadikan dunia ini berjalan diatas hukum sebab dan akibat. Dimana kelalaian dalam sesuatu perencanaan atau tindakan itu menjadi sebab sesuatu akibat buruk yang terjadi kepada kita.

Jika diperhatikan pada golongan yang menentang Islam, maka didapati mereka itu bekerja secara jamaah, parti dan kesatuan-kesatuan yang tersusun. Kerana itu tidak dapat diterima syara’ dan akal musuh-musuh ini dapat dihadapi dengan jayanya oleh usaha-usaha individu-individu yang terpancar-pancar.

p/s: dipetik dr Blog Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan