Selasa, Ogos 25, 2009

assalamualaikum warahmatullah... بسم الله الرحمن الرحيم syukur kehadrat allaw swt kerana ana dpt ag menulis dlm ruangan ini...dan dapat mnjalani ibadah puasa... tahniah kepada calon pas yg baru sahaja memenangi pilihan raya kecil permatang pasir...dengan kemenangan itu,insya'allah islam akan dapat berkembang di pulau pinang...beliau menang dengan majoriti 4000 lebih mengalahkan calon barisan nasional... walaupun pelbagai perkara yang berlaku kpd tok guruvsejak akhir2 ini,namun wakil2 umno & barisan xkan dpt menggugat pas dan pakatan rakyat... ana harap pas dan pakatan rakyat dapat menguasai lebih banyak ag kerusi dun dan parlimen slps ini,sekaligus menumbangkan kerajaan yg ade sekarang...kte mengharapkan syiar islam akan berkembang di malaysia ini dan menjadikan malaysia sebuah negara islam yang melaksana kan perkara2 mengikut al-quran dan asunnah...insya'alla...takbir!!!! insya'allah,ana bersama sahabat2 yg len akan berjuang bersama2 saf2 kepimpinan pejuang2 islam di negara ini untuk memastikan islam berkembang dalam negara ini dan ingin mewujudkan kembali sistem khalifah seperti yang terdapat pada zaman selepas sahabat...insya'allah...

Jumaat, Ogos 21, 2009

...اهلا وسهلا يا رمضان

Sejarah Ramadhan

1) Ramadhan: ertinya panas terik

2) Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)

3) Berlakunya perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.

4) Bulan dimana nabi mengambil balik Mekah dari tangan Musyrikin dan

berakhirnya penyembahan berhala.

5) Di dalamnya dipilih ada malam al-qadar yakni lebih baik drpd 1000

bulan.

6) Di pilih untuk ibadat puasa.

7) Di pilih untuk ibadat2 lain (tadarus Al Quran)

Kelebihan Bulan Ramadhan

1) Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yg telah meninggal dunia

terlepas dari siksa kubur)

2) Bulan penuh keberatan

3) Di malamnya ada lebih baik drpd 1000 bulan

4) Amal sunat sama dengan solat fardhu

5) Manakala solat fardhu mendpt 70 kali ganda

6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga

7) Bulan menambah rezeki

8) Memberi buka banyak pahala

9) Bulan keampunan

- doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa.

- juga doa pada sepertiga malam.

10)10 hari pertama adalah mulanya rahmat,

10 hari pertengahan - pengampunan,

10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.

Amalan-amalan di bulan Ramadhan

1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

2) Menempah pakaian untuk Ramadhan

3) Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan

4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam

5) Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)

6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)

7) Solat berjemaah setiap waktu

8) Solat jemaah di masjid/surau

9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek

10)Sahur diwaktu akhir

11)Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup

sahur dengan air susu

12)Mandi Janabat sebelum Imsak

13)Kurangkan tidur

14)Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)

15)Tunaikan Solat Dhuha

16)Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)

17)Tunaikan solat Rawatib

18)Jaga pacaindera

19)Elakkan gosok gigi pd waktu petang

20)hadiri majlis ilmu

21)Buat baik pd ibubapa

22)Isteri hendaklah taat pd suami

23)Banyakkan bersedekah

24)Berbuka dgn 3 biji kurma dan air yg belum dipanaskan oleh api

25)Berbuka bersama org tua

26)Jemput tetamu berbuka

27)Kurangkan berat badan

28)Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)

29)Baiki hubungan suami isteri

30)Baiki hubungan jiran

31)Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan

32)Elakkan berbelanja berlebihan

33)Kuatkan kesabaran

34)Banyakkan selawat,istighfar,bertasbih

35)Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)

36)Mengejut anak dan isteri di mlm Lailatul Qadar

37)Elakkan menonton TV yg mengandungi nafsu

38)Elakkan mendengar radio berunsur hiburan

39)Berdoa dgn nada lembut dan merayu

40)Jauhkan bercumbu dgn suami/isteri

41)Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yg meninggal dunia

42)Melazimkan solat waktu

43)Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar

44)Elakkan banyak berhutang

45)Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi

dengan Ramadhan akan datang

46)Tunaikan zakat fitrah

Cara Beramal Di Malam Lailatul Qadar (Malam 21-30)

1) Kepada Orang Tua Lemah Cara beramal solat Maghrib, Isyak dan Tarawih

berjemaah di masjid/surau,ini sudah dikira beramal Al Qadar

2) Orang yg tidak sanggup solat malam yang panjang

- Baca ayat akhir surah Al Baqarah

- Baca ayat Kursi

- Baca surah Yaasin

- Baca surah Al Zalazah

- Baca surah Al Qafirun

- Baca surah Al Ikhlas

3)Bagi orang yamg kuat dan cergas

- Bangunkan isteri dan anak

- Mandi

- Solat malam - Tahajjud, Taubat, Tasbih, Hajat, Istikharah, dan baca Al Quran

NUZUL Al QURAN ( 17 Ramadhan )

- Tarikh turunnya Al Quran

- Beramallah di malamnya dengan solat malam dan amal2 yg baik

Sabtu, Ogos 15, 2009

ramadan yg dinantikan.... salam... tinggal beberapa hari lg ramadan akan muncul... tdak sbr2 rsenye ingin menyambut ramadan thun ni...sudah hampir setahun ramadan berlalu dan ramadan semakin hampir kpd lota...ini lah msenye utk kita topupkan iman kita dgn beribadat kpd allah...krn blan ramadan ini penuh dgn keberkatan... segala amalan baik g kita lakukan akan diberi ganjaran g berlipat kali ganda... walaupun pd bulan ni syaitan2 akan digari di dalam neraka allah ttp masih ada lg manusia yg melakukan kemungkaran...ttp manusia yg melakukan kemungkaran sprt tdk berpuasa,mngkn drinya akan dpndng serong oleh org laen...puasa ini dalh ibadat yg benar2 menguji tahap keimana manusia..ibadat ini hanya makkhluk dengan pencipta-Nya...org laen tdak thu smaada sesorang itu berpuasa atau tidak,hanya dirinya dengan allah swt yg thu... terdapat byk peristiwa yg berlaku dalam bulan ramadan ini... blan ini juga lah diturunkan malam al-kadr....malam yg dijanjikan oleh allah swt untuk hamba2 nya yg beriman kpd nya...jadikan lah bulan ramadan pd thun ini sbgi bulan puasa g balik baek g pernah kita lalaui krn mngkn ramadan thun ni adlh ramadan terakhir bg kita...kita memohon kpd allah swt agar kita dapat menyambut ramadan pd masa akan dtg...pd bulan ramadan ini masa untuk kita mendekatkan diri kepada allah swt untuk kita menjadi orang g bertakwa kerana orang g paling mulia di sisi allah adalah orang g bertakwa... wallahua'lam...

Isnin, Ogos 10, 2009

rasanya dh lme ana x posting.....pertame2 dan selame2 nya marilah pembaca2 merafa'kan kesyukuran terhadap allah swt dan selawat ke atas junjungan besar nabi muhammad saw kerana kita masih lg mengecapi nikmat yg terbesar iaitu nikmat iman dan islam... ape yg ingin dimaklumkan bahawa kita perlu mendekatkan diri kita kpd allah dan menjauhi perkara2 yg dilarang oleh-Nya...semenjak kebelakangan ni,pelbagai perkara berlaku di negara ni.. 1.perhimpunan mansuh isa walaupun perhimpunan tersebut gagal tetapi usaha semua orang tidak sia-sia...mungkin gagal di dunia dan cemerlang di akhirat...isa perlu dimansuhkan jika ia bercanggah dgn ajaran islam...mngkn ade yg mengatekan isa perlu dipinda atau digubal....ttp ape yg pntng kembali kpd islam...kerajaan wajarlah memeinkan peranannya agar akta isa digubal atau dimansuh...klu kerajaan mengatekan bahawa isa tidak bercanggah dgn islam,duduk berbincang semeja dengan ulama' ,mufi dan org yg mahir ttg agama...jgn sampai akta ini menganiayai org laen... 2.selsema babi(h1n1) ini mngkn bala drpd allah utk mnsia krn di zamn penghujung ini,banyak gejala2 buruk yg berlaku...lalu allah menurunkan bala kpd mnsia...ape yg perlu kita lakukan ialah melakukan solat hajat dan memohon ampun kpd allah swt agar keadaan kembali pulih...,arilah sama2 mendekatkan diri kpd allah dan melakukan kebaikan dimka bumi allah ini... wallahua'lam..

Selasa, Jun 23, 2009

.::: Konsep "HUSNUL MUAMALAH" :::.

husnul muamalah berasal dr perkataan bahasa arab..husnul bermaksud yg baek dan muamalah bereti perhubungan ataupun pergaulan..dan secara konklusinya husnul muamalah bermaksud perhubungan yg baik..jgn ade yg menyalah ertikan maksud di sebalik 'perhubungan yg baik' tersebut..perhubungan tersebut mempunyai batas2 yg tertentu yg tlh dilandaskan dlm agama islam..maka ikutlah landasan tersebut agar kita tidak sesat..islam tidak melarang pergaulan antara lelaki dan perempuan berdasarkan firman allah: “ Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (QS. Al Hujurat <49>:13) Allah Taala juga berfirman: Janganlah kamu mendekati zina, kerana sesungguhnya ia adalah perbuatan yang keji dan cara yang tidak baik.” (Al Isra’ ayat 32) sudah terang lagi bersuloh berdasarkan dua dalil nakli diatas..hendaklah kita mengenali antara satu sama lain khususnya orang islam supaya dapat menjalin silaturrahim.. kita juga disuruh supaya menjauhi zina kerana ia adalah perbuatan yg keji..zina bukan sahaja dgn perbuatan malah ada zina hati dan zina mata..oleh itu hendaklah bagi orang2 yg beriman tidak kira sama ada lelaki atau perempuan menjaga kehormatan diri mereka dengan menutup aurat..sabda nabi muhammad saw: “Seseorang lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki lain dan begitu juga perempuan tidak boleh melihat aurat perempuan lain ...” (Hadis Riwayat Muslim, Ahmad, Abu Dawud dan Tirmidzi). Aurat lelaki yang tidak boleh dilihat oleh lelaki atau aurat perempuan yang tidak boleh dilihat oleh perempuan ialah antara pusat hingga ke lutut. Manakala aurat perempuan dalam perhubungannya dengan lelaki ialah seluruh badannya kecuali muka dan tapak tangan. bebalik kepada pergaulan yg baik,untuk menjadi org muslim yg mukmin dan muttaqin kita perlu memahami konsep amar ma'ruf nahi munkar.. ramai di antara sahabat2 seperjuangan ana yg terjebak dgn masalah couple sedangkan hukumnya adalah haram..ada juga yg berdating di merata2 tempat..nad'uzubillah,semoga alah menjauhi perkara2 tersebut drpd ana..ada juga yg bermesej dgn p'puan,bercakap dgn p'puan melalui telefon..sukar untuk ana menjelaskan hukumnya di sini kerana ia bergantung atas niat individu tersebut..atas urusan agama allah mngkn dibolehkan ttp bagaimana pula hanya sekadar suka2,untuk bertanya khabar atau benda2 lain yg x b'faedah..ada jg yg m'hantar kata2 hikmah..apakah tujuannya???wallahua'lam..jadi jagalah pergaulan antara lelaki dan perempuan..menjaga dari semua aspek..insya'allah,perhubungan yg baik tersebut akan berkekalan sampai ke akhirat kelak.. ~sahabat2 seperjuangan~

Sabtu, Jun 13, 2009

kembalinya seorang ulama ke rahmatullah-dr fathi yakan

dr fathi yakan

www.ikhwan-jor.com mengkhabarkan berita yang cukup meruntun jiwa, pulangnya Dr. Fathi Yakan ke pangkuan Allah Taala pada awal hari ini(13 jun). Beliau meninggal pada usia 76 tahun lantaran sakit.Berita ini diterima selepas zuhur tadi yang juga disiarkan di aljazeera.net, qudspress.com dan lain-lain. Beritanya adalah seperti berikut:Pada pagi sabtu, Dr Fathi Yakan telah meninggal dunia di hospital di Lubnan setelah dimasukkan ke hospital beberapa hari yang lepas kerana menghadapi masalah kesihatan yang teruk. Beliau telah menghembuskan nafasnya terakhir ketika mencapai umur 76 tahun di hospital.Pihak hospital telah menyatakan bahawa beliau terkena serangan angin ahmar pada otaknya sehingga menyebabkan beliau telah mati klinikal (clinical death). Namun pihak perubatan dan pihak keluarga enggan mencabut alat bantuan hayat dari tubuh beliau.Siapa yang tidak kenal Dr. Fathi Yakan. Kitab karangannya yang terkenal Apa Erti Saya Menganut Islam (atau lebih terkenal dengan panggilan 'Maza Yakni') menjadi rujukan kebanyakan kumpulan usrah pelbagai wadah.Kini beliau sudah pergi meninggalkan kita. Permata dakwah ini sudah tiada. Moga-moga akan lahir lebih ramai tokoh dakwah sehebat Dr Fathi Yakan. Ulama agung yang mampu menjulang martabat Islam setinggi-tingginya.
AL-FATIHAH...
Profil Dr Fathi Yakan:~
Dr Fathi Yakan ialah ulama dan pendakwah Islam yang terkemuka. Beliau dilahirkan di Tarablas pada tahun 1933 dan telah mendapat ijazah kedoktoran dalam pengajian Islam dan Bahasa Arab. Beliau telah terlibat dengan kerja-kerja Islam sejak tahun 50an dan telah menubuhkan Jamaah Islam pada awal 60an. Beliau telah menjawat ketua umum di dalam Jamaah Islam sehinggalah pada tahun 1992.Pada tahun tersebut beliau telah bertanding dan telah memenangi kerusi parlimen. Beliau kekal sehinggalah pada tahun 1996. Di tahun-tahun kebelakangan ini beliau telah mengetuai jabhah Islami. Beliau telah mengambil peranan penting untuk menghentikan peperangan Mukhayyam Narul Barid di utara Lubnan diantara Tentera Lubnan dan Jamaah Fathul Islami pd tahun 2007.Beliau telah banyak mengarang buku di antaranya Maza Ya'ni Intiami lil Islam, al-Mutasiqituna Fala Toriq Da'wah, Kaifu Nadwu lil Islam dan lain-lain yang melebihi 35 buah buku.
Sumber:

Khamis, Jun 11, 2009

reunion x-mukminians batch 1999-2004

kami merancang, allah juga merancang dan allah taala yg menentukan pe yg dirancang oleh kami...kami percaya dan yakin kpd qada dan qadar allah,akhirnya kami yg masih berada di khairiah bertemu tiga org sahabat yg tlh lama kami tidak temui...seorangnya drpd kuanta dan bersekolah di kisas, seorang lagi tinggal di lanchang dan bersekolah i ma'haad muhammadi,kota bharu kelantan..dan yg akhir sekali,beliau tinggal di temerloh dan bersekolah di sbpi temerloh...lama sudah kami ingin mengadakan pertemuan dan akhirnya allah tlh memakbulkal pe yg kami inginkan...kami bertemu di perpustakaan awam temerloh pd pukul 3 ptg...kesemua kami dalam 9 org...kami berborak di dlm perpustakaan w/pn kami thu ia slah tp kami ttp nk borak gak..masing2 mengawal lontaran suara dan menggunakan pelbagai teknik kawalan suara bg mnegurangkan gelombang suara kami supaya pegawai yg bertugas tidak mendengar kami berbual2....klu beliau dgr,mngkin kami akn dihalau keluar dr perpustakaan tersebut...tp kami x tkut pun...aku lah org pling brni yg akan mengatakan "bkn abah kau punya perpustakaan,ni abah aku punya,sukahati aku r"....huhu...mngkn jgak ayat laen akn keluar r mulut nikmat kurniaan allah ni...aku ttp pergi bertemu kwn2 ku itu w/pn dlm k'adaan terencot2 macam.........(mlas nk sebut)....akibat kemalangan 3 4 hari yg lpas...yg aku bengang nya ade plak shbt kami ni dating kat library...eiii,rse nak beri penyepak je,nsib baek r kaki aku skit time 2,klu x dah lme dh...klu dah suka 2,kahwin je r...nnt aku gak dpt sahamnye...ag stu yg aku x puas hti,de plak dak muslimat klas aku tu lepak kat library gak,time aku encot r die ade nye...time aku molek,x nk plak dia dtg library nye...nsib baek die x perasan...slps itu kami pergi ngeteh kat old town berhampiran dgn bank islam...msing2 seronk berkongsi cerita kerna sudah lama kami tidak berjumpa...selesai sahaja ngeteh,kami berkumpul di sebuah tempat yg tidak de org nampak dan menjalankan sesi pfotografi...sebelum ituu,kami membaca doa wihdah bg menaikkan semngat kami semua...selesai sahaja fotografi kami semua pulang ke rumah masing2 untuk menunaikan solat asar y waktu itu jam telah menunjukkan pukul 5.30 ptg... kami harap,kami akan bertemu lg slps ini dan pertemuan tersebut akan menjadi kenyataan...insya'allah...xksah r walaupun aku dah kahwin dgn gadis pilihan hati...ag meriah..amiiinnn....(",)...semoga allah memberkati pertemuan yg kami lakukan tadi sebagai tali yang akan mengukuhkan ikatan persahabatan, sebagai simen yg akan merapatkan hubungan kami, dan sebagai air yang mengalir apabila dicencang silaturrahim yg erat x kan terputus dan berkekalan sehingga ke akhir hayat....insya'allah...

Selasa, Jun 09, 2009

ceramah tok guru di kerdau....

artikel ini ditulis sewaktu aku baru pulang dari ceramah pas di kerdau....banyak ilmu yg aku dapat setelah mendengar ceramah daripada tok guru dato' nik abdul bin nik mat,seorang ulama' yg aku kagumi...pada petang semalam,beliau telah merasmikan pejabat pas yang berada di temerloh...aku tidak berkesempatan hendak pergi kerana kaki ku tidak dapat bergerak...dan pd malam td,aku bertekad untuk mendengar ceramah tok guru walaupun kaki au belum sembuh...berbekalkan tekad dan semangat yang kuat aku pergi mendengar ceramah tok guru yg tersebut...tiba disana...ceramah baru sahaja bermula dalam pukul 9.30 malam...ucapan dari pengerusi majlis iaitu ustaz suahaimi saad merangkak ketua pemuda pas pahang...aku pernah berjumpa dengannya kuantan dan pernah bersalaman dengannya...ceramah yg pertama di sampaikan oleh dato' tuan ibrahim bin tuan man merangkak naib presiden pas pusat dan bekas pesuruhjaya pas pahang...ceramah sseterusnya disampaikan oleh dato' fauzi rahman kalau tak silap ana r...wakil dari parti keadilan rakyat...beliau menjelaskan ape yg tlh terjadi kpd negeri pahang...(berjage-jagelah org2 pahang)...dan seterusnya wakil dari dap,adun bahau,negeri sembilan...beliau menceritakan bahawa beliau ditangkap oleh polis di perak baru2 ini...dan beliaau memberi jaminan kepada pakatan rakyat bahawa dap tidak akan bekerjasama dengan barisan nasional..dan sedikit sumbangan diberikan kpd wakil2 yg tlh kehilangan ahi keluarga serta sumbangan drpd individu untuk disumbangkan kpd parti islam semalaysia(pas) pahang bagi membiayai bangunan pas temerloh tersebut...pengutipan derma juga telah dijalankan seperti biasa yg tlh menjadi rukun dl m ceramah pas bak kata ustaz suhaimi saad...jumlah hasil kutipan derma ialah sebanyak rm10,000 lebih....kurang 3 ribu lebih drpd ceramah dato'nizar jamaluddin yg telah diadakan di maran baru2 ini...slps itu bermulanya ceramah tok guru...seperti biasa beliau mengupas ayat2 al-quran untuk dikaitkan dgn isu-isu semasa...dan beliau menjelaskan tentang kerajaan perpaduan sprt ape yg di war-war kan dalam arus media...beliau mengatakan bn tidak ikhlas dan memisahkan antara politik dan agama... banyak pengisian yg an adpt dlm ceramah tersebut...

Isnin, Jun 08, 2009

tumbangnya seorang mat rempit.....

gambar diatas adlh gambar motorsikal kepunyaan aku...gambar tersebut adlah benar dan bukan gambar edit.... bermulanya kisah apabila aku tension di rumah...aku bermain ps2 game bola fifa09...tiba2 cd tersekat...lalu aku diberi rm5 untuk membeli game fifa09 yg bru...lalu dgn pantas aku menyalin baju dan mencapai kunci motor dan pergi temerloh...sebelum itu,aku disuruh menghantar roller vacuum ke rumah nenek aku...sblm aku m'hntr roller tersebut,aku per gi ke t'loh dhulu untuk membaiki motor di kedai suzuki....stlh aku membela rantai,aku pergi membeli cd game fifa09 yg baru...lalu aku pergi mengisi minyak di petronas kuala semantan untuk minghilangkan dahaga 'porsche' aku....slps itu,aku berasa x sdap hti...aku dpt merasekan sesuatu perkara yg buruk akn terjadi...lalu aku pergi ke rumah nenek aku untuk menghantar roller td...aku mengambil jalan shortcut yg selalu aku lalui krn jln rye amat sesak ketika itu....aku melihat trffic light merah,aku memperlahan kan porsche aku...dlm keadaan moto aku yg perlahan,tiba2 lampu isyarat merah bertukar menjadi hijau....aku sudah memasuki lorong yg btul untuk meng-u-turnkan moto aku dan signal kekanan sudahpun aku berikan...aku melihat cermin sisi,kereta dibelakangku sungguh laju...dlm hati aku berkata kereta itu nak u-turn skali kot,klu beliau x u-turn,maknenye aku akn dilanggar krn kereta tersebut mmg laju...dgn selambanya aku meng-u-turnkan porsche aku kekanan lalu belakang porsche aku dihentam dgn toyota vios 2.0....aku pun jatuh kesebelah kiri...lalu kaki ku dihempap porsche aku...nsib baik vios tersebut membrekkan kereta beliau...pemandu vios tersebut dgn berrlagaknya turun drpd kereta beliau bagaikan kimi raikonen terbakar kulitnya(pemandu tersebut org india)....dia mendekati aku dan mengangkat motoku lalu berkata kpdku "adik xpe2 ke??" aku berkata "x ape2" dlm hti aku rse nk terajang je muka dia...lalu dia berkata "kaki berdarah 2,adik gi klinik sndri ek"....ek eleh kimi raikonen ni..."hati ku berkata "dah r kaki aku bedarah,bleh plak dia sruh aku gi klinik sendiri,de gak kene penampar ngan aku..."beliau dgn selamba pergi tanpa membayar pe2 ganti rugi kpd ku...dgn kaki aku berdarah dan moto aku hancur di belakang,dia xbg ganti rugi kat aku...panasss giler hati aku...rase nak mencarut je kat india tu...tp aku ni kan org islam,x baek wat cam tu...dgn kaki yg berdarah aku terus menuju kerumah nenek aku yg berada di batu 1 untuk menghantar roller tersebut...selepas itu aku plng kerumah...aku mencapai tisu untuk memberhentikan darah dikaki ku...setelah mama ku pulang ,aku menceriitakan kpd mama ku lalu dia marah aku...padan muka aku...hahaha.... fakta2 penting::::--- *kejadian tersebut berlaku di lampu isyarat berhampiran dgn hotel jelai... *aku jatuh terpukang smabil diperhatikan oleh kereta2 lain dr pelbagai arah...(xmlu pun,kabo gentleman)... *tak ketahuan nombor pendaftaran kereta tersebut..(klu thu,mmg hbis r pemandu tu) klu rjin nnt,aku gi report polis sbb nk ganti blik motor tu...tp klu baba aku sanggaup byar xpyh gi report pn xpe...nyampah r dgn prosedur...agpn aku ni mmg anti-polis(pois jahat je r)... #kpd shbt2 seperjuanganku,jgn bimbang...aku masih steady ag...bleh ag nk terajang org...klu nk rse,bleh register...huhu..... #doakan aku semoga cpat sembuh....amiiiiinnnnnn.....

Ahad, Jun 07, 2009

5 tahap iman manusia

IMAN TAQLID
Iman ikut-ikut atau Iman 'pak turut'. Orang yang beriman Taqlid, pegangan Islamnya tidak kuat dan prinsip Islamnya tidak kukuh.Dia tidak ada alasan yang kuat mengapa dia beriman. Dia ada dalil-dalil akal dan Al-Quran/as-Sunnah untuk membuktikan keyakinannya. Mengikut qaul yang lebih jelas, Iman Taqlid ini tidak sah. Segala amal ibadat orang yang beriman Taqlid adalah tertolak dan tidak mendapat pahala di sisi Allah Taala.
IMAN ILMU
Iman berdasarkan Ilmu. Iaitu seorang yang telah mempelajari tentang Allah, Malaikat2, Rasul2 dan Nabi, Kitab2, hari Qiamat dan lain-lain yang diwajibkan mengimaninya. Iman dan keyakinannya berasa dan kuat bertunjang pada akal. Iqtikadnya disertai dengan dalil-dalil yang kuat serta pegangan yang kukuh. Dia tidak mudah goyang atau terpengaruh dengan ideologi lain. Tetapi orang yang beriman Ilmu, tidak takut akan Allah Taala dan mudah berbuat derhaka kepada-Nya. Mereka juga hanya mampu memperkatakan Islam, tetapi tidak mampu berbuat atau mengamalkannya. Jadi, Iman Ilmu belum lagi dapat menyelamatkan seseorang itu dari neraka Allah.
IMAN 'AYYAN
Hasil daripada tarbiyah dan mujahadah yang bersungguh-sungguh orang yang beriman Ilmu akan meningkat kepada Iman 'Ayyan. Imannya bertempat di hati, bukan lagi di fikiran. Hati orang-orang yang beriman 'Ayyan sentiasa mengingati Allah, ibadahnya khusyu' dan ia sentiasa merasa kebesaran Allah Taala. Apabila disebut nama Allah, gementar hatinya. Semua perintah Allah Taala dipatuhi dengan penuh rela dan kesungguhan. Ia terlalu sensitif dengan dosa serta sangat berakhlak dengan Allah dan manusia. Setiap ujian dihadapi dengan penuh sabar. Ia juga sentiasa mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Taala.Orang yang berada di peringkat Iman 'Ayyan tidak lama dihisab di Akhirat dan ia mudah masuk Syurga.
IMAN HAQ
Seseorang yang mencapai Iman Haq,mata hatinya melihat Allah Taala.Ertinya setiap kali melihat kejadian dan kebesaran Allah Taala,hati dan fikirannya tertumpu kepada Allah.tersa takut dan hebat kepada Allah setiap masa. Hatinya tidak lekang mengingati Allah dan sentiasa karam serta khusyu' dalam kesyahduan cinta pada Rabb. Hatinya tidak terpaut dengan dunia dan ia tidak dapat dilalaikan oleh nafsu mahupun Iblis laknatullah. Mereka yang beriman 'Ayyan digelar Muqarrobin oleh Allah Taala,yakni orang yang hampir dengan-Nya.
IMAN HAKIKAT
Inilah peringkat iman yang paling sempurna dan tertinggi yang dimiliki oleh Rasul2, Nabi2, khulafa' ar-Rasyideen serta wali-wali besar. Mereka akan ditempatkan oleh Allah Taala di dalam Syurga yang paling tinggi. Hidup mereka setiap masa asyik dangan ibadah.Ibadah mereka cukup hebat, solat sunat paling kurang 300 rakaat sehari semalam.Budi serta akhlak adalah yang terbaik dan paling terpuji..Allah Taala akan menurunkan barakah di mana sahaja mereka berada.Mereka digelar golongan 'superscale' Akhirat.
Hidup dalam Syurga yang maha Indah lagi maha lazat.Allah mengurniakan yang sedemikian itu sebagai membalas cinta dan pengorbanan hakiki yang cukup besar semata-mata kerana Allah !
Di manakah tahap keimanan kita ?
Sama-samalah kita sentiasa memuhasabah diri serta mempertingkatkan keimanan kita dengan mengerjakan amalan kebaikan dengan bersungguh-sungguh, iltizam dan istiqomah.
Berbahagialah dengan berita gembira dari Allah Taala dalam surah Ali Imran, ayat 139 : Maksud :Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah(pula) kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi(darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman.

antara ibu bapa dan kekasih hati???

Di dalam keadaan diri yang masih bersendirian, tiba-tiba muncul seseorang yang mengisi kekosongan hati. Kebetulan beliau seorang penyayang, seorang yang memahami, seorang yang romantik. Terasa dirinya berpotensi menjadi pasangan hidup yang sesuai. Malangnya apabila diperkenalkan kepada ibu bapa, mereka tidak bersetuju.
Di dalam keadaan ini, seseorang itu mempunyai dua pilihan. Pertama, meneruskan perkahwinan dan mengenepikan kedua orang tua kemudian menetap jauh-jauh selepas berkahwin. Kedua, ketepikan si dia dan utamakan kedua orang tua, kemudian meratap sedih. Sudah tentu, pilihan kedua adalah lebih arif, namun terdapat kaedah yang boleh digunakan agar seseorang itu memperolehi kedua-duanya tanpa sebarang dilema.
Di dalam surah Luqman ayat 14, Allah s.w.t telah berfirman, “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).”
Telah jelas, hampir di dalam semua keadaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding segala-gala di dalam alam ini, kecuali beberapa hal yang dilarang. Firman Allah di dalam surah Al-Ankabut ayat 8, “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan Aku (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, maka janganlah engkau taat kepada mereka.”
Pada zaman nabi, anak kepada Umar Al-Khattab r.a. iaitu Abdullah Ibnu Umar mempunyai seorang isteri yang amat disayanginya. Kerana sebab-sebab tertentu Umar Al-Khattab r.a. tidak menyukai menantunya itu dan menyuruh anaknya mencerai si isteri. Abdullah r.a. mengabaikan perintah ayahnya kerana sayangnya kepada isteri lalu mengadu kepada Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w. kemudian bersabda, “Wahai Abdullah Bin Umar r.a., ceraikanlah isterimu.”[1]. Kisah ini direkodkan oleh Imam Tirmizi dan Abu Daud sebagai hadith hassan sahih.
Di dalam sebuah hadith lain riwayat sahabat Abu Darda’ r..a. Telah datang seorang lelaki kepadanya dan berkata, “aku memiliki seorang isteri dan ibuku menyuruh aku menceraikannya.” Kata Abu Darda’, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “orang tua-tua adalah pertengahan pintu-pintu syurga. Jika kamu mahu, kamu boleh sia-siakan atau kamu boleh menjaga ia.”[2] Ibu bapa diibaratkan seperti pintu-pintu di tengah syurga. Adakah bijak sekiranya seseorang itu mengabaikan satu kebaikkan yang besar kerana seorang kekasih hati?
Di dalam sebuah hadith riwayat sahabat Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Rugi besar! Rugi Besar! Rugi Besar!.” Ditanyakan, “siapakah yang Rasulullah s.a.w.?” Beliau menjawab, “Orang yang pada usia dewasa mempunyai kedua orang tua yang masih hidup, baik salah satu atau keduanya, tetapi kemudian orang tersebut tidak masuk syurga.”[3]
Justeru, adalah menjadi satu langkah bijak sekiranya seseorang itu dapat mengenal pasti “ciri-ciri menantu idaman” daripada ibu bapa mereka terlebih dahulu. Bagaimana perwatakan, bagaimana rupa paras dan tingkah laku. Perkara ini subjektif, masing-masing ibu bapa mempunyai “piawaian” yang berbeza.
Setelah itu, barulah dimulakan pencarian si dia dengan berdasarkan petunjuk Al-Quran, hadith-hadith Rasulullah dan tip-tip daripada ibu bapa tadi. InsyaAllah, tidak akan ada dilema menanti di hadapan.
Wallahu’alam

Jumaat, Jun 05, 2009

kembara ke alam raub (2)

hari kedua yang menyeronokkan.... 3 jun 2009 mejelma nya subuh, kedengaran bunyi ketukan pintu bilik yg membuat ana bangun dr tidur...ketukan itu memberi makna supaya kami bangun menunaikan solat subuh...kami pun dengan lantas bangun dan mengambil wuduk di bilik air yg jaraknya lebih kurang semeter...kami pun menunaikan solat subuh secara berjemaah...bukharysyabab tg menjadi imam ketika itu membaca surah taha pd rakaat pertama dan pd rakaat kedua ana x ingat dah...slps selesai menunaikan solat subuh,mindasyabab dan ana bersepakat untuk tidur sementara bukharysyabab membantu uminya memeasak di dapur.... dalam pd itu,bukharysyabab menggangu kelenaan kami dan mengajak kami breakfast ttp gangguan beliau tidak sedikit pun menggugat tidur kami...akhirnya beliau berputus asa dan keluar dr bilik...pd pukul 9 pg,ana dan minda syabab bgun dr tidur...kami menccpai tuala dan terus pergi mandi...slps itu kami menjamu selera di meja makan yg berada di ruang tamu...makanan pd pg itu ialah roti canai,roti hawaii,peanut butter and coklat serta air nescafe...fuhh,kami begitu berselera krn kami sgt lapar pd pg itu slps bgun dr tidur...lalu bukharysyabab bersuara dengan suaranya yg berbunyi "jom kita pergi mandi sungai..."lalu dgn pantasnya ana menjawab "jom.."...krna ana sgt suka mandi air sungai ibarat air dengan ana mmg tidak dapat dipisahkan....mindasyabab tidak bersuara kerana beliau agak fobia dgn air...dia juga risau kerana uminya tidak membenarkan beliau mandi sungai takut lemas...akhirnya dia bersetuju untuk mandi sungai selepas kena penyepak dgn ana...huhu...beliau meminjam baju dari bukharysyabab kerana beliau membawa baju yg sedikit.... mandi sungai... tanpa berlengah masa,bukahrysyabab mencapai kunci motosiakal wave 125 yg berwarna biru lalu menghidupkan enjin tersebut....motor tersebut kami 'pantok' bertiga kerana motosikal honda c70 kepunyaan bukharysyabab gagal dihidupkan kerana wayar plug nya dah putus....selepas dua minit perjalanan,kami tiba di sungai yg dikehendaki...air sungai tersebut ternyata tidak dlam slps bukharysyabab memesukinya...walaupun air sungai tersebut hanya paras betis ttp airbya sangat deras ibarat air yg dicencang x kan putus....(xde kaitan pun)....macam2 kami buat antaranya berposing di dlm air,menarik rakit dan banyak lagi....kalau nak tulis,sampai minggu depan pun x habis...stlh sejam lbih kami mandi,kami pulang ke rumah... di bandar raub.... kami bersiap2 utk pergi jalan di bandar raub...kami menaiki bas dgn kadar tambang rm2.40...agak berpatutan harganya...lebih murah daripada tambang ke mayam,tementi,purun,kuala krau dan jerantut......kami pergi mencari c.c untuk menghantar maklumat kerja abah mindasyabab malngnya kami gagal...kami mengambil keputusan untuk menghilangkan dahaga dengan menyinggah di restoran dan kami mengorder abc 2,tea o ben 1...dlm pd itu,pakcik tokei kedai tersebut bertanya kepada shabat ana iaitu minda syabab...solannya berbunyi "kamu ni tabligh ke????" beliau menjawab tidak...lalu pakcik tersebut lantas mencapai paper harian metro yg dpnnya terpampang gambar ustaz akhil hayy...lalupakcik tersebut berbual dengan mindasyabba tentang akhill hayy... selepas itu, kami membuat persepakatan untuk pergi ke library awam raub....di situ kami mengsurf internet selama sejam yg berkelajuan 100 mbps...laju giler tu....selepas itu,kami terus pergi ke masjid dan menunaikan solat zohor secara berjemaah,kemudian kami ke gerai makan untuk makan tengahari...sengaja ana makan tengahari di bandar raub krn tak nak menyusahkan keluarga bukharysyabab...agpun ana sgan ngan kuarge beliau...kami mengorder nasi ayam tiga,air sirap,sirap limau dan air suam...slps itu,kami singgah di gerai pisnag goreng makcik semalam,ana meminta goreng pisang malangnya makcik tu tak wat pisang gpreng hari itu...barangkali,pisang goreng di raub tidak laku pada hari rabu....agaknye r...(jgn marah,org raub ek)...kami pun pergi ke stesen bas raub bagi menunggu bas untuk pulang ke rumah...dlm perjalanan,ana membaca sebuah novel tentang sejarah islam karya abdul latip terbitan pts iaitu buku yg bertajuk sultan muhammad al-fateh penakluk konstantinopel yg ana pinjam dr sahabat seperjuangan ana,misikhalifah...(jgn lupa byar nnt,ana dh tulis nme anta)....kami pun tiba di rumah... memberi ikan makan.... selepas itu...bukharysyabab mengajak kami pergi ke rumah pak sedarenya yg tdk jauh dari rumah nya utuk memberi makanan kpd ikan2 ternakan pak sedarenya...ana mengambil peluang untuk menjala dan memberi makanan kpd ikan2 dlam kolam tersebut...ana juggak memberanikan diri untuk memegang ikan tilapia yg di jala oleh bukharysyabab....slps itu kami pulang ke rumah bukhary syabab untuk memancing ikan di belakang rumahnya tetepi memandngkan maghrib hampir menjelma,kami melupakan hasrat tersebut....betapa ruginya kami...kami juga bermain anak sungai yg bersada di belakang rumah bukharysyabab... waktu malam.... malam itu kami tidak pergi ke masjid kerana bukharysyabab terkena virus selsema...beliaau sering terkena penyakit tersebut kerana beliau merupakan pesakit resdung yg positif...kami bertiga mempunyai persamaan kerna kami bertiga menghidapi penyakit sinus(resdung) yg positiffffff....kami makan malam bersama dan sembahyang magrib dan isyak secara berjemaah di rumah....malam itu,kami tidur awal krn sehari suntuk kami berjalan....walupun hari itu sgt letih ttp kami sgt seronok dan banyak pengalaman dan kenangan yg kami dapat...kami sungguh gembira.... ikuti kisah seterusnya iaitu apa yg terjadi pd hari yg terakhir.... anda juga bolleh melayari blog: http://mindasyabab.blogspot.com/ untuk mengetahui tentang kembara syabab united di raub....

Khamis, Jun 04, 2009

kembara ke alam raub......

2 Jun 2009 /10.30 pg....

menanti kehadiran bas di terminal utama temerloh..bas yg di tunggu2 belum lg tiba...lalu bersuara mindasyabab untuk mengajak ku membeli earphone handsetnya iaitu hanset sony ericson yg bleh than r lawanye tp xde r mahal sangat harganya nk dibandingkan dengan henset ayah aku...huhu...selepas iti beliau mengjak aku menggantikan bateri jam nya yang telah 'mampos' di kedai jam selang ebebrapa dr kedai hanset td...kedai jam tersebut br je buka...belau mengajakku kesitu dan meninggalkan bukhary syabab keseorangan di terminal yg menunggu kehadiran bas yg masih belum lagi tiba...dalam pd itu,tiba-tiba.....ikram menelefon handset mindasyabab untuk menyatakan bas TRANSIONAL (t'loh-raub) bernombor plat....ntah aku pn dah lupa...aku pn dh panik,lalu aku kluar dr kedai jam tersebut m'nggalkan mindasyabab dan terus pergi ke bas..dalam pd itu,minda syabab belum lg muncul,aku dan bukhary syabab terbapak lah cuak nya krna kondutor bas 2 sdg memrhi dua org budak prmpuan yg menyuruh pakcik tersebut menunggu kehadiran kawan dia yg seorg lg ttp pakcik tersebut mengeluarkan suara jantannya yg berbunyi"mne blh tggu dah,ni pun dh lwat dh,kat tiket pkul 10.30 tp skang ni dh pkul 11''lbih krg cm 2 r...lalu muncul r mindasyabab yg mkenye dlm keadaan selamba cm die x bersalah je...klu iktkan hti nk gak aku kasi jack kat die...tp mmndngkan die pres aku,mlas r kan...lalu kami menaiki bas tersebut...kami mencari nombor kerusi yg sama mcm yg tertera dalam tiket bas ada pd tgn kami...bukharysyabab tlh dpt kerusinya...betapa panasnya hatiku melihat kerusi aku dan mindasyabab diambil oleh org lain...org yg mengambil itu adlh dak perempuan yg kene mrah td...jd aku mengambil kptsn utk dduk di seblh bukharysyabab dan meninggalkan mindasyabab yg msih ag tergapai-gapai m'cri kerusinya...ikutkan hati mmg nk halau je dak perempuan tu ttp mmndngkn aku ni lelaki yg baik,aku biarkan je r...aku ni bkan yg jenis suka ckp2 dgn prmpuan apatah ag mrah permpuan...dak p'puan 2 bru je kene ngan pakcik 2,xkan nk kene ngan aku plak kn...kwn dak p,puan 2 xmuncul lalu bas tersebut meninggalkan belaiu...aku dan bukharysyabab mengambil peluang utk mendengar perbualan org2 g berada di dlam bas tersebut...nk tergelak kami dibuatnya dgn kerenah2 msng2...pakcik ngan makcik 2 borak bapak lah kuatnye mcm bas 2 die yg punye...mngkn pakcik 2 krg p'dgrn kot...ksah dak perempuan td blum habis ag..takdir tlh menentukan bhwa bas tersebut rosak dan berhenti di bengkel...seketiaka itu,muncul r kwn 2 dak prmpuan 2...beliau naek terpinga2 m'cri tempat duduk ttp tiada yg kosong...lalu........(malas dh r nk cerita,xbaek bkak aib org).....

2 jam lbih berikutnya.....

tiba lah kami di sebuah daerah dlm pahang yg agk membangun dan bleh tahan cantiknya...kami rasa bersyukur krna selamat tiba...mindasyabab dlm keadaan resah dan gelisah mencari c.c krna ingin m'hantar mklumat kerja ayahnya...kami pun pergi ke masjid tengku abu bakar krn abi kpd bukharysyabab sdg menunggu bersma 'kapal terbang" ayahnya...(xbleh bgthu)....lalu kami menunaikan solat zoor secara berjemaah...mindasyabab masih ag dlm keadaan resah dan bukharysyabab mengajaknya pergi ke c.c yg berdekatan yg merupakan satu-satunya c.c yg berada di bndr raubng...malangnya c.c tersebut tutup..begitulah yg tergambar pd raut wajah shbt ku...kami bertiga tidak berputus asa,kami pergi mencarikedai yg berada di sekitar masjid tersebut ttp tidak ketemuan....kami singgah di kedai runcit utk membeli air bg menuetralkan dahaga kami...dan aku mencari topup rm5 ttp tiada..mindasyabab ingin meminjam komputer anak tokei tersebut utk m'hntr maklumat ayahnya dan m'brnikan drinya utk m'buat 'kering' ttp ternyata malunya lbih tgi drpd keringnya...kami menyinggah geria pisang goreng makcik yg berada di tepi pintu pagar masjid...lantas aku mengeluarkan sekeping wang kertas yg paling rendah nilainya utk membeli goreng pisang yg telah menggoda aku drpd td ag...rupa goreng pisang itu mcm sedap dan tlh membuat aku tertarik pdnya...lalu aku mengambil seketul goreng pisang dan merasainya dan ternyata bukan indah khabar dari rupa...bukhary syabab membeli abc g berharga rm1.50 dan bukharysyabab membeli cekodok...lalu kami berehat di bwh bangsal di hadpn masjid sambil menunggu kehadiran abi ikram yg berada di dlm masjid...mindasyabab mengambil ksmptn utk mengedarkan iklan madu tualang asli syarikat ayahnya di persekitaran masjid...kami menaiki kereta abi bukharysyabab dan abi nya menyinggah di mahkamam syariah raub krn ada urusan...slps itu kami singgah di sebuah kdai runcit krn abi beliau ingin m'bli brng dapur...dan aku mengambil ksmptan utk m'bli kredit rm5...ternyata ada jual...lalu kami meneruskan perjalanan...dlm perjalanan berhampiran dgn teratak bukharysyabab kami melalui sma alfalah batu talam..skolah yg m'jd musuh kami dalam masisupa baru2 ini...hanya musuh dlm pertandingan shj...luar prtndngan kami bersahabat...ttp ternyat sekolahku lg hebat drpd sekolah al-falah...bangga giler walaupun aku x bertanding...kami pun tiba di teratak bukharysyabab....sungguh cantik sekali teratak beliau...berpagarkan pagar warna oren...beliau belum siap sepenuhnya krn abi beliau mnmbh keluasan rmahnya...sungguh indah pmndngan di skeliling rumah beliau...ada kolam ikan,pokok2,bukit-bukau berhutan....biliau kata kalau kita redah bukitbukau tu kita boleh pergi ke perak...allahua'alam btol ke tak...klu nk pkirkan mmg x logik tp xmustahil....mne thu btol...nk jugak aku gi ke perak,boleh jumpe nizar......huhu...abi beliau menjemput kami makan tengahari...sedap giler....lauk kari ayam....air sirap ngan air carrot susu....perghhhhh.....selesai makan,kami masuk bilik untuk berehat dan menyempurnakan hajat kami iaitu tido krn kami teramat letih..stl asar kami bangun dan menunaikan solat asar secara berjemaah berimamkan bukharysyabab...kami bersiap utk mengikut abi beliau ke surau batu talam bagi menunaikan solat mgrib dan mendengar kuliah drpd abi beliau....abi beliau memberi kuliah tentang tauhid yg bertajuk qada' dan qadar....para jemaah mendengar dgn cukup khusyuk....selesai solat isyak kami dijemput utk menjamu selera....selepas itu kami plang ke rumah....abinya memberitahu bahawa jemaah di surau td adlh org umno...tak kisah lah,janji diorang nk mndgr crmh agama...harap2 diorang kembali ke pangkal jalan sebelum menghembus nafas yg terakhir dan berhenti nya denyutan nadi diorang...lalu kami pulang ke rumah stlh selesai menjamu...sampai di rumah,kami dihidang kan pula dgn mknn malam oleh ibu ikram iiait nasi goreng dan nugget....mmg sedap tp wktu itu perut aku dh kenyang giler sbb dh mkan kat surau td...tp mkan jgak r skit...dlm pd itu ayah dia bercerita r serba sedikit pasal agama...malam kami penuh pengisian....selepas itu,kami pun masuk ke bilik untuk tidur...bukharysyabab dan mindasyabab sudah terlena dibuai mimpi ttp aku belum rse mengatuk ag...stlh stgh jam slps itu,aku memaksa driku utk memejamkan mata...

ikuti cerita seterusnya.......

  • hari kedua yg menyeronokkan.......
  • hari ketigaa yg penuh dgn ujian.......

Rabu, Mac 18, 2009

bau rokok

terdapat hadis sahih yang melarang orang memakan bawang putih dan bawang merah daripada mendekati masjid. adakah setiap sesuatu yang berbau tidak sedap itu diharamkan eperti rokok? ini bermakna sesiapa yang meninggalkan solat berjemaah dan tidak tidak berdosa jika meninggalkannya???
al-jawab:-
sabada rasulullah s.a.w:
"sesiapa yang memakan bawang putih atau bawang merah,maka janganlah mendekati masjid kami dan hendaklah dia solat di rumahnya."
sabda rasulullah s.a.w:
"sesungguhnya para malaikat berasa terganggu sebagaimana yang dirasakan oleh anak adam."
-hadis riwayat muslim..
oleh itu, sesuatu yang berbau sama hukumnya dngan hukum bawang merah, bawang putih
dan rokok adalah makruh dan tidak digalakkan bagi seseorang itu menunaikan solat jemaah
sehinggalah baunya itu hlang. perlu ditegaskan, rokok hukumnya haram secara mutlak .
ia wajib dijauhkan dalam setiap keadaan kerana sangat berbahaya pada agma dan tubuh badan.
wallahua'lam.....

Khamis, Februari 12, 2009

7 amalan sunnah Rasulullah

1) SOLAT SUNAT TAHAJJUD Rujuk Surah Az- Zumar : ayat 9 dan Surah Al Israk : ayat 79 Hadis nabi:" Kemuliaan seorang Mukmin, terletak pada Solatnya di waktu malam" (Fathul Kabir) 2) TADABBUR AL QURAN ( Mengaji dan Mengkaji Al Quran). Hadis nabi:" Barangsiapa yang ingin bercakap-cakap dengan Rabbnya (Allah), maka bacalah AlQuran" 3) SOLAT BERJAMAAH ( DI MASJID, MUSOLLA / SURAU ) Antara ciri hamba Allah yang Husnul Khatimah ialah yang gemar melakukan solat Subuh di masjid / musolla. 4) SOLAT DHUHA Hadis Rasulullah:" Solat Dhuha dua rakaat lebih baik daripada dunia dan seluruh isinya". 5) BERSEDEKAH "Carilah Rezeki dengan berSedekah" 6) MENJAGA WUDHU’ Hadis rasulullah:"Tidaklah memelihara wudhu kecuali orang-orang yang Beriman" (H.R Ahmad, Ibnu Majah Ad Darimi, Ibnu Hibban) 7) SELALU BERISTIGHFAR Istighfar adalah Zikir yang dapat membuka kunci Rezki Dunia dan Akhirat, memberikan penyelesaian kepada sebarang masalah kehidupan, mendapatkan ketenangan batin, keluarga yang Sakinah, Mawaddah, Warahmah dan nikmat hidup yang baik .... Rujuk Surah Hud 11: ayat 3 Semoga amalan-amalan Sunnah yang basic ini akan memberikan kita kekuatan untuk berkecimpung di dalam arena dakwah dan menjadi insan pilihan Allah di akhirat kelak.Semoga amalan ini dapat kita lakukan dengan istiqamah supaya kita menjadi orang yang bertakwa kepada allah taala...Berusahalah menjadi insan yg terbaik,bukan sahaja menjadi muslim mukmin,bahkan menjadi mukmin muttaqin...Insya'allah... Allahu'alam...

Ahad, Februari 08, 2009

senyum itu sedekah...=)

APA yang terukir di bibir adakalanya menenangkan orang yang melihat. Itulah kehebatan di sebalik senyuman. Ia boleh disifatkan sebagai ketawa kecil dan mempunyai makna yang baik, bergantung kepada rasa hati empunya senyuman itu. Malah Rasulullah melahirkan rasa gembira dan tawanya dengan senyuman. Itulah yang dikatakan fitrah manusia, satu bentuk hiburan hati yang memberi kesan yang besar dan merupakan jalan hiburan yang diharuskan. Dalam sabda baginda, disebutkan betapa pentingnya seorang manusia tidak terlalu membebankan diri dengan segala macam kesukaran dan kepayahan yang sengaja ditimbulkan. Malah, Rasulullah menggesa agar seseorang perlu mencari sedikit hiburan jiwa yang tidak keterlaluan agar kemanisan hidup dapat dirasai. Baginda menyebut: Janganlah terlalu membebani jiwamu dengan segala kesugulan hati, hiburkanlah hati dengan hal-hal ringan dan lucu. Apabila terus dipaksa memikul beban yang berat, ia akan menjadi buta. (Sunan Abi Daud) Senyuman merupakan perbuatan kecil yang mencerminkan salah satu ciri akhlak yang mulia, namun kesannya cukup besar dalam mempengaruhi keadaan. Malah dalam pengurusan perniagaan antarabangsa, seperti perniagaan bersifat francais, sama ada dari restoran makanan segera sehinggalah kedai barangan harian 24 jam, disebutkan dalam manual pengendalian francaisnya agar setiap kakitangannya perlu memaniskan muka dengan senyuman dan sapaan mesra setiap kali pelanggan keluar masuk dari pintu premis. Daripada konteks hubungan antarabangsa, senyuman wakil sesebuah negara dalam sebarang pertemuan rasmi secara tidak langsung membawa gambaran nilai serta imej negara asalnya dan personaliti pemimpin di hadapan lensa media. Meskipun begitu, masih ramai yang tidak sedar betapa senyuman yang diberikan boleh menimbulkan ikatan dan hubungan yang baik sesama manusia. Penulis berpeluang menjalankan tinjauan sendiri terhadap sekelompok pelajar dan pengajar di sebuah pusat pengajian tinggi sepanjang dua tahun. Hakikatnya, wujud majoriti golongan terpelajar tidak peka dengan keadaan apabila setiap kali melintasi para pekerja am yang kebanyakannya layak dihormati sebagai makcik, mereka hanya diam dan terus menuju ke bilik kuliah atau ruang pejabat tanpa senyuman, apatah lagi memberi salam. Perkara ini berlaku berulang-ulang kali di tempat yang sama dan keadaan ini cukup mengecewakan. Apatah lagi ia melibatkan individu bergelar Muslim. Jika berlaku perubahan keadaan, sudah pasti wujud ikatan erat dan rasa hormat yang tinggi antara dua kelompok. Bagi pekerja-pekerja am, mereka merasakan para pelajar tersebut menghargai kewujudan dan sumbangan mereka di situ. Bagi para penuntut dan pengajarnya pula, senyuman yang diiringi salam itu mempamerkan akhlak dan kerendahan hati seorang yang terpelajar. Bukankah itu menguntungkan? Begitu juga situasi di kafetaria di pelbagai jabatan dan institusi atau di gerai-gerai makanan, kesibukan melayani para pelanggan mungkin adakalanya memberi sedikit tekanan kepada pengusahanya, apa salahnya jika ada pekerja restoran datang membersihkan meja makan anda, balaslah dengan ucapan terima kasih dan senyuman. Impaknya dari sudut motivasi bekerja akan meningkat dan kualiti pasti bertambah. Mengapa senyuman begitu berkesan terhadap manusia? Senyuman mempunyai tiga unsur utama yang menjadikan ia begitu bernilai. Pertama ia mempunyai daya tarikan, ia mempunyai hasrat dan keinginan untuk memiliki dan unsur bertindak untuk memiliki. Senyuman adalah gambaran unsur-unsur akal, perasaan dan kemahuan. Kepentingannya telah membawa kepada perbincangan mendalam oleh golongan ahli fikir dan filosofi awal seperti Locke, Schopenhaur, Spencer, Descrates dan Hartley melalui satu perbincangan dan perdebatan yang mendalam melalui karya-karya penulisan mereka. Dari sudut kesihatan diri, terbukti melalui senyuman ia merangsang otot-otot wajah dan memberi kesegaran dan ketegangan yang mengurangkan kedut-kedut di wajah, kesihatan tubuh dan jiwa dengan melepaskan tenaga emosi yang berpusat dari dalam. Tambahan lagi, senyuman adalah tindakan menguasai diri melalui nilai optimisme, bersikap positif dengan membina lingkaran kebahagiaan di sekeliling. Dalam masa yang sama, senyuman memberi getaran yang mengikat rasa hati orang lain terhadap diri dengan nilai kepercayaan. Nilai positif sebuah senyuman wujud apabila seorang Muslim redha berhadapan dengan keadaan malang untuk menguji iman. Syaitan sedaya upaya menjalankan pujuk rayunya agar manusia sentiasa bermusuhan dan menghilangkan seri wajah seorang mukmin daripada senyuman yang ikhlas. Wajah yang masam, penuh kebengisan tanpa sedikit hiasan di bibir, secara tidak langsung mengaktifkan minda yang negatif. Peranan syaitan menjalankan agendanya agar manusia terus menerus bersikap demikian, sebagaimana diperingatkan oleh Allah: Sesungguhnya perbuatan berbisik (dengan kejahatan) itu adalah daripada (hasutan) syaitan, untuk menjadikan orang-orang yang beriman berdukacita. Sedangkan bisikan itu tidak akan dapat membahayakan mereka sedikitpun melainkan dengan izin Allah, dan kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman berserah diri. (Al-Mujadalah: 10) Namun begitu, senyuman boleh dimanipulasi oleh golongan tertentu yang menyalahgunakan nikmat Tuhan ini. Dalam mempamerkan senyuman yang berkesan, ia turut hadir sama dengan perkataan yang bijak dan berhikmah. Dalam sebuah kisah, Ali bin Abi Talib pernah bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih dicintainya. Adakah Fatimah, puterinya atau Ali, suami beliau? Dengan senyuman baginda menjawab, Fatimah, lebih aku cintai dan engkau aku lebih hargai. Luar jangkaan Senyuman juga dikaitkan dengan salam perpisahan. Ia sering berada di luar jangkaan manusia, malah dalam sirah Rasulullah dicatatkan peristiwa yang sama. Diriwayatkan oleh Anas Ibn Malik, pada hari Isnin ketika wafatnya Rasulullah, baginda keluar dan memandang mereka yang menunaikan solat Subuh. Melihat sikap mereka, Rasulullah tersenyum. Mereka yang menyedari berpaling dan menyangka baginda beransur pulih. Dalam suasana gembira mereka diisyaratkan agar meneruskan ibadah mereka. Hakikatnya itulah senyuman perpisahan Rasulullah kepada mereka. Dalam menjadikan senyuman sebahagian daripada cara hidup, seseorang perlu sedar bahawa senyuman perlulah dipamerkan tanpa berlebih-lebihan atau terlalu kurang. Ia perlu sentiasa berada di pertengahan. Bak kata pepatah, kebaikan muncul antara dua keburukan. Jangan pandang remeh nilai sebuah senyuman, ia mungkin tidak ada nilai daripada harga yang ditentukan manusia. Tetapi ia membayar pada nilai lebih tinggi dalam kehidupan. Jendela senyuman membuka tabir hubungan dengan manusia lain di sekitar anda. Ia menguatkan hati dan membina motivasi diri. Perkara kecil sebegini mempunyai manfaat yang besar seperti kata Rasulullah, Janganlah meremehkan amalan kebaikan, walau sekadar berwajah manis. (Abi Dzar).