Isnin, Januari 17, 2011

dakwah satu tuntutan:fardu kifayah atau kewajipan individu???

sebagaimana yang di ketahui,bahawa kerja dakwah merupakan kerja yang mulia..telah diketahui bahawa kerja dakwah telah dilakukan oleh nabi-nabi sebelum nabi muhammad dan sehingga sekarang,dakwah mesti diteruskan..mengapakah dakwah penting????bagaimana cara untuk berdakwah baik??persoalan2 yang sentisa bermain di fikiran..malah banyak lagi persoalan yang timbul... untuk menjadi seorang daie bkan la kerja yang mudah,mehnah dan tribulasi menjadi sesuatu perkara yang "wajib" kpd para daie...tanpa mehnah,xde cbrn kpd para daie dalam proses untuk mematangkan daie teresebut... rukun dakwah tebahagi kepada tiga: 1)orang yang mendakwah(da'ie) 2)apa yang disampaikan(isi) 3)orang yang menerima(mad'u) apa yang terkandung dalam isi tersebut tidak lari dari 3 cabang ilmu yang besar dalam islam yang ditekankan oleh rasulullah... 1)tauhid(usuluddin) 2)fiqh 3)akhlak(tasawwuf) ketiga2 ilmu ni amat penting untuk para da'ie dlm menyampaikan seruan islam kepada org rmai... oleh itu,para da'ie perlu memantapkan dri dgn mendalami ilmu -ilmu berkaitan perkara tersebut sebelum menceburkan diri..ilmu perlu ade dlm dri para da'ie..dan menuntut ilmu tersebut merupakan wajib...berdasarkan hadis rasulullah yang bermaksud "menuntut ilmu itu merupakan fardu(kewajipan) ke atas setiap orang muslim"... dan menrut pendapat Dr. Muhammad SaidRamadan(Al-butty) dalam kitabnya Rahsia Dakwah Yang Berkesan,ciri-ciri yang perlu ada pada da'ie ialah: 1)da'ie tersebut hendaklah menunjukkan teladan atau contoh yang terbaik yang menggambarkan keislamannnya yang menjadi pendokong agama allah.dan lebih baik ilmu tersebut berkait rapat dengannya berdasarkan pengalaman da'ie itu sendiri."seseorang tidak mungkin memberikan sesuatu yang bernilai kalau ia sendiri tidak memiliki apa-apa untuk diberikan." 2)keutamaan sasaran dakwah itu ialah kepada orang2 islam lebih terlebih dahulu..ini kerana jika orang islam betul2 mendalami islam,maka agama lain akan tertarik dengan islam sendiri dan menerapkan nilai tersebut dalam diri mereka.. 3)da'ie sepatutnya mengetahui hukum2 dan adab2 islam yg ada kaitan berkaitan dengan ilmu2 dakwah... seorang da'ie mesti berpegang teguh pada ketetapan yang telah digariskan oleh islam dalam melalukan kerja2 dakwah.. kesimpulannya,berbalik kepada tajuk,dapat disimpulkan kegiatan ini merupakan kewajipan atas diri masing2,"ibda' binafsih"..seharusnya menjadikan rasulullah sbagai tokoh dakwah yang terbaik dan terpuji dari segala pelbagai aspek...dan ramai lagi tokoh2 gerakan dakwah yang telah banyak berjuang menegakkan agama allah ini..kita sebagai generasi akhir zaman ini perlu menyambung kerja2 dakwah yang dilakukan oleh mereka2...kita ibarat rantaian rantai yang menyambung antara satu sama lain... wallahua'lam...